Monday, October 17, 2011

Tak Nak Baca Surat Khabar~~

Assalamualaikum ya sahabat blogger sekalian..

Kenapa saya tak nak baca surat khabar? Tak takut kalo tak tahu isu semasa?



Mm isu-isu semasa tu tak apa, saya boleh tau melalui laman muka buku..kat sana kan ramai orang-orang share info atau apa-apa yang sedang berlaku..

Kat sini, saya nk cakap.. Saya tak nak baca surat khabar sebab saya dah tak tahan sangat baca tentang bunuh, pukul, buang bayi, rosak akhlak bagai.. Kekejaman ada dimana-mana even dalam negara kita sendiri.. Sakit hati dan minda saya ni..

Bila dah jadi serabut fikiran memikirkan remaja sekarang ni yang banyak lalai.. Ada yang suka clubbing konon-konon release tension la kat club tu..lepas tu posing ngan gambar arak..dah mabuk-mabuk tu, mula lah bermaksiat.. Nauzubillah.. Sedih hati saya ni..

Macam-macam berlaku, macam berada dalam zaman Jahiliyah pulak sebab banyak kekejaman yang berlaku sedangkan berada dalam negara Islam sendiri.. Mungkin ramai yang akan kata, dah akhir zaman.. YES..memanglah kita berada pada akhir zaman.. Tapi perlu ke kita membiarkan diri kita leka dibuai dengan "syurga dunia"? Sedangkan akhirat tu dah semakin hampir dengan kita..dan akhirat itu adalah kehidupan kita yang kekal selamanya..

Nak tunggu tua baru berubah? Tunggu hidayah baru berubah?

Kalau tak sempat berubah macam mana? Haaaa...cuba renungkan.. Azab Allah itu amat dasyat wahai sahabat-sahabatku.. Seorang ahli neraka akan gembira berenang dilautan api dunia jika dia dapat menikmatinya sedangkan dia amat terseksa berada di api neraka yang 70 kali ganda panasnya dari api yang terpanas didunia.. MasyaAllah..Allah Maha Besar..

Jangan ditunggu hidayah dari Allah sedangkan disekelilingmu adalah hidayah dariNya..Cuma kamu sahaja tidak nampak cahaya dari Allah..Jadi bukakanlah pintu hati kalian untuk menerima cahayaNya untuk masuk ke dalam hati kalian dan menerangi hati kalian..

Sebelum melakukan perkara merosakkan, fikirlah dengan matang..fikirlah dengan membayangi seksaan neraka itu.. Kita boleh dapat gambaran tentang neraka dan syurga melalui Surah An Naba bermula dari ayat 21..Dari situ kita boleh pilih kita nak yang mana Syurga ataupun neraka..

Akhir sekali, jangan tertipu dengan hasutan syaitan dan dunia...



2 Your opinion:

Arai Lekir said...

surat khabar sekarang byk berita pelik2.. sy x bace harian metro..

Aisya Humaira said...

yup2..smpai risau dh nk bce..
dlu sy rjin bce..now dh x nk bce dh..huhu

Introduction